| |
| Mailing |
448 Changi Road #01-01
Wisma Indah
Singapore 419975 |
| Pengurusan Faraid |
 |
| Ibadah Korban & Aqiqah |
 |
| Seminar & Bengkel Kem Motivasi |
 |
| |
|
|
Home > Traning Services > Pengurusan Faraid

|
| |
DEFINISI HARTA PUSAKA
Semua harta yang ditinggalkan oleh simati samada harta alih atau harta tak alih termasuklah apa-apa hak dan kepentingan yang berkaitan dengannya.
1. Harta berbentuk alih atau tak alih (rumah, tanah dan saham)
2. Mata wang (nuqud).
3. Hak atau kepentingan si mati atau manfaat.
4. Diyat atas pembunuhannya.
Hadith Rasulullah s.a.w
Antaranya adalah :
“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya”.
(Riwayat Bukhari)
HAK BERKAITAN HARTA PUSAKA :
1. Urusan Pengkebumian (Yang Berkaitan Dengan Jenazah)
2. Pelunasan Hutang ( Hutang Dengan Allah, Hutang Dengan Organisasi dan Hutang Dengan Individu)
3. Pelaksanaan Wasiat (1/3) Kepada bukan Waris
4. Tuntutan Adat / Harta Sepencarian.
AKIBAT APABILA URUSAN HARTA PUSAKA DIPANDANG REMEH SEMASA HAYAT :
1. Pembekuan Harta Pusaka
2. Proses Penyelesaian Harta Mengambil Masa Yang Terlalu Lama
3. Persengketaan Sesama Ahli Keluarga Yang Tersayang
4. Pembolotan Harta oleh Mereka Yang Tidak Bertanggungjawab
5. Pembahagian Harta Yang Tidak Betul Serta Tidak Berlandaskan Syariat Islam.
6. Terpaksa Melalui Proses Perundangan Yang Rumit Akibat Daripada Urusan Harta Pusaka Yang Tertangguh.
7. Bayaran Guaman Yang Tinggi
DEFINISI WASIAT :
Wasiat dari segi bahasa maksudnya adalah 'sambung' manakala dari segi istilah pula maksudnya 'pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati' iaitu ia hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia.
(Kitab Mughni Muhtaj karangan Muhamad Al-Khatib Al-Syarbani)
DALIL-DALIL :
Dari Saad bin Abi Waqash r.a bahawa ia pernah berkata dalam sakitnya:
“Ya Rasulullah, Sesungguhnya hartaku banyak dan tidak ada yang akan mewarisi harta itu selain seorang anakku yang perempuan, bolehkah aku wasiatkan hartaku itu kesemuanya?”
Rasulullah menjawab :"jangan!” aku bertanya lagi :“Bagaimana kalau seperdua.”
Beliau menjawab:"jangan! aku bertanya lagi: “kalau sepertiga?”
Rasulullah menjawab:”Ya", boleh dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau itu kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam kemiskinan, meminta-minta kepada manusia.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
RUKUN WASIAT :
1. Al-Musi (Pewasiat)
2. Al-Musho Lahu (Penerima Wasiat)
3. Al-Musho Bihi (Barang Yang Diwasiat)
4. Sighah (Lafaz Ijab & Qabul)
SYARAT-SYARAT PEWASIAT :
1. Aqal - Tidak sah bagi mereka yang gila dan juga terencat aqal
2. Baligh - Tidak sah wasiat oleh kanak-kanak walaupun mumaiyiz kerana kanak-kanak tidak layak untuk bersedekah
3. Pilihan - Tidak berlaku sebarang paksaan
4. Merdeka - Tidak sah kepada hamba
KESAN KETIADAAN WASIAT :
1. Harta Pusaka sukar diuruskan dan terbeku purata masa antara 3 hingga 5 tahun.
2. Harta simati akan menjadi milik adik-beradik simati dibawah hukum Faraid.
3. Pentadbiran dan pengurusan yang tidak amanah.
Bahkan Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud :
“ Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat ”
(Riwayat Ibnu Majah)
KEBAIKAN YANG DIPEROLEHI DENGAN ADANYA WASIAT :
1. Harta Pusaka boleh di urus dan diagihkan kepada waris-waris dalam masa purata 6 hingga 8 bulan.
2. Dapat mengekalkan pemilikan harta peninggalan simati dari menjadi milik orang lain dibawah hukum Faraid.
3. Menjaga kebajikan anak berumur di bawah 18 tahun.
4. Melindungi harta sepencarian.
5. Segala urusan teratur dan tiada keraguan.
6. Dapat mengekalkan kehormanian keluarga.
PEMBATALAN WASIAT:
Wasiat adalah satu akad oleh hal demikian pewasiat boleh menarik balik kesemuanya atau sebahagian atau mengubahnya atau menambah syarat baru kerana harta tersebut adalah hak miliknya selagi dia hidup.
|
|
|
| |
DEFINISI HIBAH
Hadiah atau pemberian harta / milikan (samada harta alih atau tak alih) tanpa balasan oleh penghibah kepada penerima hibah secara rela hati semasa hayatnya di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan.
DALIL-DALIL :
Allah telah berfirman :
“Dia memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga yang terdekat, anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang yang berhajat dan hamba.”
Surah Al-Baqarah : 177
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Berikanlah hadiah/hibah, nescaya kamu dikasihi."
(Riwayat Bukhari)
RUKUN HIBAH :
Terdapat 3 elemen utama (rukun) dalam hibah iaitu :
1. Tawaran dan Penerimaan
2. Pemberi dan Penerima Hibah
3. Pemberi Hibah
HIBAH BERSYARAT (UMRA DAN RUQBA) :
1. Umra
ialah Harta yang dipindah milik kepada PENERIMA hibah apabila PEMBERI hibah meninggal dunia.
2. Ruqba
PEMBERI HIBAH meninggal dunia terlebih dahulu, pemilikan harta pada PENERIMA HIBAH adalah dikekalkan.
PENERIMA HIBAH meninggal dunia terlebih dahulu, maka harta dikembalikan semula kepada PEMBERI HIBAH.
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN HIBAH?
1. Mereka yang mempunyai anak angkat.
2. Suami yang mewariskan harta kepada isteri secara mutlak.
3. Ibubapa yang mewariskan harta kepada salah seorang anak.
4. Mereka yang mempunyai anak perempuan sahaja dan pasangan yang tidak ada anak lelaki.
5. Ibu tunggal atau bapa tunggal serta pasangan yang tidak mempunyai anak.
KEISTIMEWAAN HIBAH :
1. Pengisytiharan dibuat semasa hidup, pertukaran hak milik dibuat selepas kematian bagi tujuan untuk menjaga kebajikan.
2. Hibah UMRA DAN RUQBA kerana sekiranya PENERIMA HIBAH meninggal dunia terlebih dahulu, harta dipulangkan kepada PENGHIBAH.
KELEBIHAN-KELEBIHAN HIBAH:
1. Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka.
2. Harta yang telah dihibah tidak boleh dituntut oleh waris-waris yang lain.
3. Pewarisan atau pemindahan harta dapat dibuat dengan lebih mudah dan cepat.
4. Boleh diberikan kepada sesiapapun; anak angkat; anak tiri; waris yang tidak menerima pusaka.
5. Jumlah yang diberikan tidak terhad.
6. Sunat disama ratakan dari segi pemberian.
PENGERTIAN FARAID
Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain).
Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
Di dalam surah An-Nisa’ ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.
Maksud surah An-Nisa’ (ayat 14):
“Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentuan-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan”.
Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama- lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.
RUKUN PEWARISAN :
Sistem pusaka Islam mempunyai rukun-rukunnya. Tanpa rukun ini, pusaka mempusakai tidak akan berlaku. Rukun-rukun tersebut terbahagi kepada tiga :
1. al-Muwarrrith.
• iaitu pewaris yang mati, sama ada mati secara hakiki, hukmi atau taqdiri.
• Kematian hakiki : kematian seseorang dapat disaksikan dengan mata kasar oleh sekurang-kurang 2 orang saksi atau ada tanda kematian seperti kubur.
• Kematian hukmi : kematian yang diputuskan oleh hakim.
- Kematian taqdiri : kematian melalui andaian seperti bayi yang dilahirkan mati kerana perbuatan jenayah ke atas ibunya.
2. Al-Warith.
• ialah orang yang akan mewarisi harta pusaka (ahli waris).
3. Al-Mawruth.
• ialah harta benda atau hak-hak yang ditinggalkan oleh pewaris yang mati.
• Sama ada harta alih atau harta tidak alih.
SEBAB-SEBAB PEWARISAN :
Di antara sebab-sebab pewarisan yang disepakati ulama :
1. Kerabat atau Keturunan.
2. Perkahwinan.
3. Wala’.
4. Islam atau Baitulmal (Pendapat Mazhab Shafie dan Maliki).
SYARAT-SYARAT PEWARISAN:
Terdapat 3 syarat pewarisan dalam undang-undang pusaka Islam :
1. Kematian Pewaris.
2. Kewujudan Waris.
3. Mengetahui status dan habuan waris serta tiada halangan pewarisan.
HAK-HAK YANG PERLU DITUNAIKAN SEBELUM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA :
1. Perbelanjaan pengkebumian atau pengurusan jenazah.
2. Pelunasan atau pembayaran hutang.
3. Pelaksanaan wasiat.
4. Harta sepencarian
5. Pembahagian harta pusaka kepada waris.
Terdapat 3 jenis ahli waris yang berhak mendapat harta pusaka :
1. Ashab al-Furud
- ialah waris-waris yang telah ditetapkan bahagian mereka dalam pembahagian bpusaka menurut al-Quran, al-Sunnah dan ijmak.
- Mereka merupakan orang yang paling utama dan didahulukan dalam pembahagian harta pusaka.
- Terdiri daripada 12 orang iaitu :
i. suami.
ii. Isteri.
iii. Ibu.
iv. Bapa.
v. Datuk (bapa kepada bapa)
vi. Nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa)
vii. Anak perempuan.
viii. Cucu perempuan (anak perempuan kepada anak lelaki)
ix. Saudara perempuan seibu sebapa.
x. Saudara perempuan sebapa.
xi. Saudara perempuan seibu.
xii. Saudara lelaki seibu.
2. Asabah
- ialah waris lelaki kepada si mati yang tidak diselangi oleh perempuan.
- Mereka tidak mempunyai bahagian tetap dan ini menyebabkan mereka kadangkala :
i. menerima semua harta apabila tiada waris ashab al-furud.
ii. Menerima baki harta yang tidak dihabiskan oleh waris ashab al-furud.
iii. Tidak mendapat harta pusaka sedikit pun kerana telah dihabiskan oleh waris ashab al-furud.
- Kedudukan mereka dalam undang-undang pusaka Islam adalah selepas waris ashab al-furud
3. Dzawi al-Arham
- ialah waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati selain daripada waris ashab al-furud dan asabah sama ada lelaki atau perempuan, seorang atau ramai.
- Pada kebiasaannya, waris dzawi al-arham ini hubungannya dengan si mati diselangi oleh waris perempuan seperti :
i. bapa kepada ibu.
ii. Anak (lelaki atau perempuan) kepada anak perempuan.
iii. Dan lain-lain.
- Kedudukan mereka dalam undang-undang pusaka Islam berlaku perselisihan pendapat ulama.
|
|
|
|
|