Khidmat Tempahan Korban / Aqiqah Online Dilancarkan

Alhamdullilah, niat kami untuk menubuhkan khidmat bayaran online melalui kad kredit / debit untuk bayaran tempahan korban, aqiqah dan nazar akhirnya tercapai.

Kini anda boleh menikmati keselesaan membuat tempahan berkenaan di mana sahaja anda berada. Kami menerima tempahan dari rakyat melayu Singapura dan juga seluruh dunia (jika ada yang berminat).

Korban / Aqiqah kami akan dilaksakan sepanjang bulan di kawasan penduduk miskin yang memerlukan di Indonesia.

Jika kamu ada teman atau kenalan yang menetap di luar negeri dan yang berhasrat untuk melaksanakan ibadah korban / aqiqah, bolehlah merujukkan mereka kepada lelaman kami.

Insya-Allah, kami akan melaksanakan amanah anda. Terima kasih kepada yang telah melanggan khidmat kami walaupun baru dilancarkan.

Komentar atau soalan anda dipersilakan.

Syukran.

Categories : JTS News

Leave a Comment