Kelas Umrah Dan Haji Akan Disambung Pada 28 Jun 2008

Kelas Umrah dan Haji kami akan dihentikan buat sementara memandangkan keberangkatan kami pada hujung minggu ini ke Tanah Such Makkah Al Mukarramah bersama jemaah-jemaah Umrah kami yang pertama.

Kelas Umrah dan Haji akan disambung mulai Sabtu 28 Jun 2008 di Masjid Darul Aman dan 3 lokasi baru. Lokasi-lokasi lain akan diumumkan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Nantikan yang terbaik dari kami!

Categories : JTS News

1 Comments

1
Rozanah Hj Kasnan
June 11th, 2008 at 13:47

Saya mewakili kaum keluarga seramai lima orang, telah menjadi jemaah kumpulan pertama, iaitu seramai enam orang yang berangkat ke tanah haram pada tanggal 31 Mei atas nama Jalaluddin Travel & Services. Alhamdulillah, kami kini telah kembali ke tanah air dengan selamatnya pada tanggal 9 Jun 2008. Ucapan ribuan terima kasih atas khidmat yang diberi, khususnya dalam membantu kami sekeluarga menemukan ibu yang ‘hilang’ di Masjidil Haram. Maklum balas sepenuhnya akan menyusul, insya-Allah. Harap dapat berikan emel peribadi Ustaz Jalaluddin agar maklum balas tersebut dapat disalur dengan lebih tepat lagi. Semoga sama-sama dapat terus beribadat kepadaNYA. Amin.

Leave a Comment