:: TODAY'S DATE ::
    Travel Links
       - MUIS
       - Zabihah.com (Halal Food)
       - Flight Infomation (Changi Airport)
       - Weather Forecast
       - Currency Converter
       - Islamic Finder
       - Jakim
       - Travel Tip
       - Islam Online
    Mailing

       Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd
       448 Changi Road #01-01
       Wisma Indah
       Singapore 419975

       Jalaluddin Training & Services
       448 Changi Road #01-06
       Wisma Indah
       Singapore 419975

    Enquries
       OfficeTel: (65) 6344 3669
       Office Fax: (65) 6346 6674
       Email: info@jalaluddinservices.com
    
 
    Pengurusan Faraid
    Ibadah Korban & Aqiqah
    Seminar & Bengkel Kem Motivasi
 
    Istimewa Sila Layani
 
 
 
Home > JTS News





Jalaluddin Travel & Services News

 

Our Jemaah Feedback


Assalamualaikum

Pertama sekali, jutaan terima kasih diucapkan buat JTS kerana telah membawa saya dan keluarga ke tanah suci Mekah. Pengalaman pertama mengerjakan umrah memang begitu manis. Tetapi, menyebut sahaja pengalaman pertama, sudah semestinya, banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki, dan jika ditanya, sudah semestinya pengalaman 15 hari di tanah suci itu tidak mencukupi.

Dari hari pertama, JTS telah menguruskan perjalanan kami dengan baik sekali. Tidak dilupakan hari kami terkandas di Changi Aiport pada malam yg sepatutnya kami berangkat menuju ke Jeddah. Alhamdulillah, ujian itu sesungguhnya sangat kecil dibandingkan apa yg kami lalui hari2 yang berikutnya. Setibanya di Jeddah, lelaki Melayu pertama yg kami berjumpa, pegawai Haji Musa telah dulu berdiri di luar menyambut kami. Kami rasa sungguh senang dan berdoa agar semuanya akan berterusan lancar sepanjang kami berada di Tanah suci tersebut.

Secara ringkas, pengalaman di Mekkah, Alhamdulillah sangat indah. Di tambah pula dengan bantuan dari JTS yg menyediakan penginapan yg berdekatan dengan Masjidil Haram (3 minit berjalan kaki) telah memudahkan kami berulang alik ke Masjid. Menyebut soal makanan pula, sebagai seorang yg tidak cerewet, Alhamdulillah, makanannya sudah cukup memberikan saya tenaga mengerjakan ibadah seharian. Urusan penginapan, baik di Mekah mahupun di Madinah dan Jeddah, Alhamdulillah, sungguh selesa dan tiada masalah secara keseluruhannya.Syabas JTS di situ. Menyebut mengenai pegawai2 JTS pula, Subahanallah, sangat2 la mesra alam.

Haji Musa sentiasa melapangkan diri di kala kami ingin mengutarakan persoalan baik mengenai ibadah mahupun selok belok tempat membeli belah di sana. Tidak dilupakan, dengan adanya Ustad Jalaluddin pada 3 hari pertama kami di Mekah juga telah mendatangkan kesan yg mendalam, terutamanya dari tazkirah2 dan ceramah2 ringkas beliau. Secara kesimpulannya, JTS merupakan sebuah agensi yang cemerlang dalam menguruskan jemaah2nya. Dan saya bersyukur telah memilih JTS sebagai agensi yang bertanggungjawab membawa kami sekeluarga menunaikan umrah kali ini. Jika ada peluang, Insyaallah, sudah semestinya JTS akan menjadi pilihan saya dan keluarga.

- Siti Ainur Mohd Yatim
Jemaah umrah Jun 2010

 

back to top  

 
                    Home | About Us | Our Services | Religious Classes | Online Booking | Contact Us
Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd
Site design by FixALL. Copyright © 2011 All Rights Reserved
Privacy Policy