JTS Retreat 2009

Jalaluddin Travel & Services (JTS) telah menganjurkan majlis “Retreat cum Workshop” untuk memantapkan kemahiran para pegawai dalam memberi khidmat yang lebih bermutu kepada setiap jemaah dan pelanggan kami baik untuk Haji/Umrah atau Wisata.

Majlis yang berlangsung selama dua hari di Aloha Changi pada 25 & 26 April 2009 telah dihadiri oleh 30 pegawai dan pengarahnya sendiri, Ustaz Jalaluddin Hassan. Bersesuaian dengan tema majlis itu; “Kearah Perkhidmatan Cemerlang”, para peserta mengalami sendiri keadaan menyeronokkan semasa perbincangan kumpulan dan juga permainan yang membina sebagai satu pasukan.

Semua peserta di majlis itu amat mengalu-alukan initiatif yang julung-julung kali diadakan itu. Mereka dapat merasakan betapa syarikat yang baru berkembang ini amat mentitikberatkan kesempurnaan, kemesraan dan kecekapan para pegawai haji dan umrahnya untuk memberikan layanan yang terbaik buat jemaah yang bakal menjadi tetamu-tetamu Allah.

Seperti kata salah seorang peserta Puan Rusidah, “Retreat seperti ini harus diadakan setiap tahun agar semua pegawai dapat menimba ilmu dari mereka yang berpengalaman dan juga mengeratkan lagi hubungan sebagai satu keluarga yang besar”.

Retreat tersebut telah dikelolakan dan dipimpin oleh Hj. Musa, ketua operasi bahagian Haji & Umrah Jalaluddin Travel & Services (JTS). Pengalaman beliau sebagai ketua operasi haji selama 17 tahun dengan salah sebuah syarikat besar di Singapura telah dikongsi bersama pegawai JTS pada hari itu.

Majlis juga telah menjemput Puan Faezah dan Puan Kawiyah, Jururawat Kanan di Hospital NUH untuk berkongsi informasi dan pengalaman dalam menangani masalah kesihatan jemaah semasa perjalanan.

Dalam ucapan penutupnya, pengarah JTS, Ustaz Jalaluddin Hassan, telah menasihati pegawai-pegawainya agar berusaha memberikan khidmat yang terbaik kepada jemaah terutama bagi jemaah Umrah dan Haji kerana ia adalah satu ibadah dan penghormatan untuk para tetamu Allah. Sifat-sifat ihsan, mesra pelanggan, lengkap maklumat, bersabar, banyak berdoa, amanah, taqwa dan usaha memberikan yang terbaik haruslah menjadi teras para pegawai JTS.

Semoga segala apa yang telah dikongsi di Majlis tersebut bermunafaat dan digunakan oleh pegawai-pegawai JTS dalam kehidupan seharian mereka umumnya dan dalam melayani jemaah dan pelanggan kami khususnya. Dalam kata akhirnya, beliau sempat mengingatkan supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Mudah-mudahan dengan pertolongan Allah, segala yang susah akan menjadi mudah. Insya-Allah.

Categories : JTS News

Leave a Comment