:: TODAY'S DATE ::
    Travel Links
       - MUIS
       - Zabihah.com (Halal Food)
       - Flight Infomation (Changi Airport)
       - Weather Forecast
       - Currency Converter
       - Islamic Finder
       - Jakim
       - Travel Tip
       - Islam Online
    Mailing
       448 Changi Road #01-01
       Wisma Indah
       Singapore 419975
    Enquries
       OfficeTel:: (65) 6344 3669
       (65) 6440 3846
       Office Fax: (65) 6346 6674

       Email: info@jalaluddinservices.com
    
 
    Pengurusan Faraid
    Ibadah Korban & Aqiqah
    Seminar & Bengkel Kem Motivasi
 
    Vote Your Destination
 
 
 
Home > Traning Services > Ibadah Korban & Aqiqah





IBADAH KORBAN & AQIQAH MENURUT ISLAM

 


See previous images
See next images

 

back to top  

 

IBADAH AQIQAH MENURUT ISLAM


PENGERTIAN AQIQAH :

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi Syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

HUKUM AQIQAH :

• Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

• Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

• Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

• Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

• Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

WAKTU AQIQAH PADA HARI KETUJUH

Para ulama berpendapat dan sepakat bahwa waktu aqiqah yang paling utama adalah hari ketujuh dari hari kelahirannya. Namun mereka berselisih pendapat tentang bolehnya melaksanakan aqiqah sebelum hari ketujuh atau sesudahnya. Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahulloh berkata dalam kitabnya “Fathul Bari” (9/594) :

“Sabda Rasulullah pada perkataan ‘pada hari ketujuh kelahirannya’ (hadist no.2), ini sebagai dalil bagi orang yang berpendapat bahwa waktu aqiqah itu adanya pada hari ketujuh dan orang yang melaksanakannya sebelum hari ketujuh berarti tidak melaksanakan aqiqah tepat pada waktunya. bahwasannya syariat aqiqah akan gugur setelah lewat hari ketujuh. Dan ini merupakan pendapat Imam Malik. Beliau berkata : “Kalau bayi itu meninggal sebelum hari ketujuh maka gugurlah sunnah aqiqah bagi kedua orang tuanya.”

Sebagian ulama lainnya membatasi waktu pada hari ketujuh dari hari kelahirannya. Jika tidak bisa melaksanakannya pada hari ketujuh maka boleh pada hari ke-14, jika tidak bisa boleh dikerjakan pada hari ke-21. Berdalil dari riwayat Thabrani dalm kitab “As-Shagir” (1/256) dari Ismail bin Muslim dari Qatadah dari Abdullah bin Buraidah :

“Korban untuk pelaksanaan aqiqah, dilaksanakan pada hari ketujuh atau hari ke-14 atau hari ke-21.”

TIDAK ADA TUNTUNAN BAGI ORANG DEWASA UNTUK AQIQAH ATAS NAMA DIRINYA SENDIRI

Sebagian ulama mengatakan : "Seseorang yang tidak diaqiqahi pada masa kecilnya maka boleh melakukannya sendiri ketika sudah dewasa".

Mungkin mereka berpegang dengan hadis Anas yang berbunyi : “Rasulullah mengaqiqahi dirinya sendiri setelah beliau diangkat sebagai nabi.” [Dhaif mungkar, Hadits Riwayat Abdur Razaq (4/326) dan Abu Syaikh dari jalan Qatadah dari Anas]

Sebenarnya mereka tidak punya hujjah sama sekali karena hadisnya dhaif dan mungkar. Telah dijelaskan pula bahwa nasikah atau aqiqah hanya pada satu waktu (tidak ada waktu lain) yaitu pada hari ketujuh dari hari kelahirannya. Tidak diragukan lagi bahwa ketentuan waktu aqiqah ini mencakup orang dewasa maupun anak kecil.

AQIQAH UNTUK ANAK LAKI-LAKI DUA KAMBING DAN PEREMPUAN SATU KAMBING

Dari Aisyah dia berkata : Rasulullah bersabda : “Bayi laki-laki diaqiqahi dengan dua kambing yang sama dan bayi perempuan satu kambing.” [Shahih, Hadits Riwayat Ahmad (2/31, 158, 251), Tirmidzi (1513), Ibnu Majah (3163), dengan sanad hasan]

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya, dari kakaknya, Rasulullah bersabda : “Barangsiapa di antara kalian yang ingin menyembelih (kambing) karena kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.”

[Sanadnya Hasan, Hadits Riwayat Abu Dawud (2843), Nasa’I (7/162-163), Ahmad (2286, 3176) dan Abdur Razaq (4/330), dan shahihkan oleh al-Hakim (4/238)]

BOLEH AQIQAH BAYI LAKI-LAKI DENGAN SATU KAMBING

Dari Ibnu Abbas bahwasannya Rasulullah bersabda : “Menaqiqahi Hasan dan Husain dengan satu kambing dan satu kambing.” [HR Abu Dawud (2841) Ibnu Jarud dalam kitab al-Muntaqa (912) Thabrani (11/316) dengan sanadnya shahih sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Daqiqiel ‘Ied]

Sunnah ini hanya berlaku untuk orang yang tidak mampu melaksanakan aqiqah dengan dua kambing. Jika dia mampu maka sunnah yang shahih adalah laki-laki dengan dua kambing.

 

back to top  

 

KORBAN MENURUT ISLAM


Definasi Korban :

Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Zulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala.

Di dalam kitab Sabil al-Muhtadin korban didefinasikan sebagai....”barang yang disembelih ia daripada unta, lembu atau kerbau, atau kambing kerana menghampirkan diri kepada Allah Ta’ala”

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Haj:36)

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2) Hukum Menyembelih Korban :

Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran,tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqada’kannya.

Syarat-syarat orang yang ingin berkorban seperti berikut:

1. Islam.
2. Merdeka (Bukan hamba).
3. Baligh lagi berakal.
4. Mampu untuk berqurban.

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi). "Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berkorban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

Waktu Menyembelih :

Waktu penyembelihan korban bermula sesudah matahari terbit pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) dan sesudah kadar selesai solat dua rakaat solat hari raya dan 2 khutbah pendek/ringan.

Manakala yang afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah. Waktu penyembelihan korban berlanjutan sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah. Ringkasnya : 10 Zulhijjah – 13 Zulhijjah)

Dalilnya:

Dari Barra bin Azib ra, ia berkata: Rasulullah sw bersabda: Sesungguhnya perkara yang pertama kita mulai pada hari ini adalah kita solat kemudian menyembelih. Maka barang siapa yang melakukan hal itu, dia telah mendapatkan sunnah kami. Dan barang siapa yang te!ah menyembelih (sebelum So1at), maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan bagi keluarganya, bukan termasuk haiwan korban sedikitpun." (HR. Muslim no. 1961).

"Dari Nabi shallallahu alai wa sallam bahwasanya beliau bersabda setiap hari tasyriq ada sembelihan." (HR. Ahmad 4/8 dari Jubair bin Muthim radiallahuanhu, dan dihasankan oleh Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid dalam Ahkamul Iedain ).

Jenis Sembelihan :

"Dari Jabir, berkata: Rasulullah. saw bersabda: janganlah kalian menyembelih kecuali musinnah, akan tetapi jika kalian merasa berat hendaklah menyembelih Al-Jazaah (HR. Muslim 6/72 dan Abu Daud 2797).

Syaikh Al-Albani menerangkan:

1. Musinnah yaitu jenis unta, sapi dan kambing atau kibas. Umur kambing adalah ketika masuk tahun ketiga, sedangkan unta, masuk tahun keenam.

2. Al-jadzaah yaitu kambing atau kibas yang berumur setahun pasti menurut pendapat jumhur ulama (Silsilah Ad-Dlaifah 1/160).

Dari yang terbaik dari jenis sembelihan tadi adalah kibas jantan bertanduk bagus, warna putih bercampur hitam di sekitar mata dan kakinya. Yang demikian karena termasuk sifat-sifat yang disunnahkan Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dan beliau menyembelih haiwan yang memiliki sifat tersebut.

"Dari Aisyah bahwasanya Rasulullah saw memerimanKau menyembelih kibas yang bertanduk. baik, dan sekitar kaki, perut dan matanya berwarna hitam. Kemudian didatangkan kepada beliau, lalu disembelih” (HR. Abu Daud, dishahihkan Syaikh al-Albani dalam Shahih Abu Daud No. 2423).

-Binatang korban itu hendaklah sihat ( tidak berpenyakit) dan selamat dari kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan.

Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda s.a.w bersabda : ”Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah.” Hadith riwayat Abu Daud

Membahagikan Daging Kurban : Bagi yang menyembelih disunnahkan makan daging korbannya, menghadiahkan karib kerabatnya, bersadaqah pada fakir miskin, dan menyimpannya untuk perbekalan lebih dari 3 hari. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Makanlah, simpanlah untuk perbekalan dan bersadaqahlah" (HR.Bukhari 8*9uslim).

Daging sembelihan, kulitnya, rambutnya dan yang bermanfaat dari korban tersebut tidak boleh diperjualbelikan menurut pendapar jumhur ulama, dan seorang tukang sembelih tidak mendapatkan daging korban. Tetapi yang dia dapatkan hanyalah upah dari berkorban, dalilnya:

- Dan Ali bin Abi Thalib ra, dia berkata: Rasulullah saw memerintahkan aku untuk menyembelih binatang korbannya dan membagi-bagi dagingnya, Kulitnya. dan alat-alat untuk melindungi tubuhnya, dan tidak memberi tukang potong sedikitpun dari korban tersebut. (HR. Bukhari Muslim).

Bagi Yang Tidak Berkorban :

Kaum muslimin yang tidak mampu untuk berkorban, mereka akan mendapatkan pahala seperti halnya orang yang berkorban dari umat Muhammad saw. Hal ini diterangkan dalam sebuah riwayat bahwa Rasulullah saw bersabda:

"Bismillah Wallahu Akbar, ini (kurban) dariku dan dari umatku yang tidak menyembelih." (HR. Abu Dawud dan dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih Abu Daud no. 2436).

HIKMAH DAN FADHILAT

• Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
• Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
• Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
• Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
• Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
• Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

 

back to top  

 
                    Home | About Us | Our Services | Religious Classes | Online Booking | Contact Us
Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd
Site design by FixALL. Copyright © 2011 All Rights Reserved
Privacy Policy