Archive for Activities

Pada tanggal 20 Disember 2007 dan 21 Disember 2007, kami telah menganjurkan ibadah korban dan aqiqah di Bojonegoro dan Magetan, Jawa Timur Indonesia. Sebanyak 415 ekor kambing dan 2 ekor lembu telah dikorbankan dan dibahagikan kepada para penduduk kampung.

 

 

Kedatangan kami disambut meriah oleh para penduduk kampung. (Kambing-kambing pun turut serta)

 

 

 

 

 

Ustaz Jalaluddin Hassan bertemu dengan para ketua kampung. (Perhatikan perbezaan warna baju mereka - dirancang agaknya)

 

 

 

 

Pengacara majlis korban memberi ucapan sempena pembukaan majlis beriring doa.

 

 

 

 

 

Penduduk kampung sama-sama berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan acara korban yang akan dijalankan. (Kambing-kambing kelihatan resah)

 

 

 

 

Ustaz Jalaluddin Hassan memeriksa kambing yang akan dikorbankan tidak lama lagi.

 

 

 

 

 

Ustaz Jalaluddin Hassan membayangkan cara menyembelih kambing korban (Jangan terlalu kuat atau terlalu lembut Ustaz)

 

 

 

 

Para penduduk kampung menyembelih kambing korban dengan teliti (Allahu Akhbar!)

 

 

 

 

Pegawai kami mengambil alih tugas menyembelih kambing korban (Hai kambing, sesungguhnya kalau Ustaz tak “arrow” aku, aku pun tak ingin sembelih engkau)

 

 

 

 

Pegawai kami dengan hasil korban mereka. (Ambil gambar pasal nak curi tulang sebentar. Penat oii!)

 

 

 

 

 

Akhirnya, daging-daging korban dapat diagihkan kepada warga miskin seluruh kampung. (Alhamdullilah, syukur kepada Allah!)

 

 

 

Sehingga ketemu di Tahun 2008!

Categories : Activities
Comments (0)