About Us

Segala Puji bagi Allah s.w.t Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam hanya tercurah kepada junjungan pesuruh alam Rasulullah s.a.w.

ustaz jalaluddin hassanSyarikat Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd telah diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin Bin Hassan; seorang lulusan dari Universiti Al-Azhar di Cairo pada tahun 2000 dalam Jurusan Hadis dan memperolehi Sarjana Usuluddin (master) di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia dalam Jurusan Tafsir Al-Qur’an pada tahun 2008.

Ustaz Jalaluddin Hassan mempunyai banyak pengalaman membimbing dan menganjurkan bengkel-bengkel dan seminar dalam siri Pembangunan Keluarga, Kaedah Penyelesaian Masalah, Kaedah Menangani Stress, Motivasi Guru-Guru Sekolah dan Belia, Bengkel Yakin Berpidato, Imam dan Khatib, Kounseling, Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka, Minda Kaya, Kaedah Bantu Diri Golongan Berpendapatan Rendah dan lain-lain lagi.

Beliau juga sering diundang untuk memberikan Ceramah dan Forum dalam Ehwal Keislaman dan khidmat latihan meningkatkan sumber daya manusia di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Ketika ini beliau menjawat beberapa jawatan penting antaranya:

1. Penasihat Syariah Insuran untuk United Overseas Insurance (UOI); sebuah anak syarikat bank UOB Singapura.
2. Naib Kadi Singapura.
3. Ahli Panel bagi Mahkamah Rayuan Syariah Singapura.
4. Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERGAS.
5. Hakam Bagi Mahkamah Syariah Singapura.

Syarikat ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu bahagian Travel dan Training. Bahagian Training mula beroperasi sejak 2007 dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Ibadah Aqiqah dan Korban di luar negara dan kawasan yang dilanda musibah seperti di kawasan terpencil di Indonesia dan kawasan perkampungan Islam di Ho Chi Minh City, Vietnam. Selain itu juga kami menyediakan perkhidmatan konsultasi dan pengurusan Harta Pusaka, Faraid, Hibah, Wasiat, dan Nazar.

Kami juga ada menyediakan pelbagai perkhidmatan profesional seperti Islamic Youth Skill & Development Parenting Motivational Skills, Customer Care Relations & Leadership Skills, Stress Management, Islamic Youth Camping, Public Speaking, Trading Services dan Entrepreneurship.

Bahagian Travel mula beroperasi sejak awal tahun 2008, dan menawarkan pelbagai perkhidmatan pelancongan ke semua destinasi di seluruh dunia. Di antara perkhidmatan kami seperti Worldwide Ticketing & Hotel Reservations, Wisata Muslim di pelbagai lokasi menarik, Pakej Haji dan Umrah serta Ziarah, Badal Haji dan Badal Umrah, Corporate Tour/Group Tour, Middle East Tour, Honeymoon Packages, Medical Tour dan lain-lain lagi.

Besar harapan kami, agar dapat menyediakan perkhidmatan terbaik kepada seluruh masyarakat Singapura dan amat berterima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan. Sekian…