Archive for May, 2008
Kelas Umrah Dan Haji Akan Disambung Pada 28 Jun 2008
Posted by: | CommentsKelas Umrah dan Haji kami akan dihentikan buat sementara memandangkan keberangkatan kami pada hujung minggu ini ke Tanah Such Makkah Al Mukarramah bersama jemaah-jemaah Umrah kami yang pertama.
Kelas Umrah dan Haji akan disambung mulai Sabtu 28 Jun 2008 di Masjid Darul Aman dan 3 lokasi baru. Lokasi-lokasi lain akan diumumkan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Nantikan yang terbaik dari kami!
Majlis Hi-Tea Keluarga Bahagia 2008
Posted by: | CommentsUstaz Jalaluddin Hassan akan menyerikan suasan Majlis Hi-Tea yang bertema “Keluarga Bahagai 2008″ pada hari Sabtu 24 Mei 2008 selaku pensyarah undangan.
Majlis Hi-Tea yang dianjurkan oleh lembaga pentadbir Masjid Al-Mukminin akan diadakan di Oditorium Hjh Tih Maimunah dari jam 1.30 petang hingga jam 4.00 petang Masjid Al-Mukminin.
Sila hubungi Puan Nur Yanti di talian 6567 7777 untuk mendapatkan tiket berharga $20 setiap seorang.

Konsultasi Pengurusan Harta
Posted by: | CommentsKami menyediakan khimat pengurusan harta atau “Wealth Management” dikelolakan oleh Ustaz Jalaluddin Hassan dan pegawai-pegawai kami yang bertauliah.
Antara khidmat yang disediakan termasuk:-
- Zakat Harta (zakat wang simpanan, zakat wang CPF, zakat emas, zakat perniagaan dan zakat saham)
- Faraidh (pembahagian harta pusaka - fahamkan jumlah dan batasan hak mewarisi harta mengikut syarak)
- Wasiat / Nuzriyyah / Hibah
Hubungi kami dan Insya-Allah kami akan membantu menyelesaikan pengurusan anda.
Konsultansi Pengurusan Harta ditubuhkan di Jalaluddin Training & Services bertujuan untuk memberi kesedaran tentang harta dan pengurusannya berlandaskan Islam.
Di JTS, kami cuba membantu umat Islam menjadi sebaik Muslim, dari sudut pengetahuan dan pengurusan kewangan sejajar dengan kehendak Syariah.
Kami ingin membimbing masyarakat Islam bahawa harta warisan bukan hanya di bahagikan mengikut Faraid sahaja. Dalam Islam, terdapat pelbagai wasilah di mana harta warisan seseorang Muslim dapat membantu masjid-masjid, madrasah-madrasah dan pertubuhan Islam lainnya.
Kami di JTS juga menawarkan khidmat memberi konsultansi penyucian harta seperti pengurusan zakat.
Wealth Management Consultation is established at Jalaluddin Training & Services to enlighten Muslims about wealth and estate management in Islam.
At JTS, we try to help Muslims become ethically and financially prepared in matters of wealth and estate management in accordance with, and as required by the Syariah.
We try to educate Muslims that bequeathing his/her estate upon death need not only be fulfilled by way of Faraid alone. There exists various instruments which may be created by Muslims in ensuring that the necessary support and cared for loved ones and patronage of Mosques, Madrasahs and Islamic Institutions could properly be constructed, planned and executed.
We at JTS also offers our consultation for the purification of the wealth as in Zakat Management.
Khidmat Qurban & Aqiqah
Posted by: | CommentsKami menyediakan khidmat Qurban sempena Hari Raya Aidiladha dan juga Aqiqah / Nazar sepanjang bulan di kawasan penduduk miskin yang memerlukan di Indonesia.
Setiap perserta akan diberikan sijil pengesahan dan gambar.
- Harga seekor kambing hanya S$190.00 sahaja
- Terbaru! Bayaran online diterima
- Gunakan kad kredit / debit anda
- Tak usah ke pejabat kami
- Klik Sini untuk tempah sekarang!
Untuk keterangan lanjut mengenai khidmat Qurban dan Aqiqah atau membuat bayaran di pejabat, sila hubungi kami. Klik Sini.
Ibadah Korban & Aqiqah Di Jawa Timur, Indonesia 2007
Posted by: | CommentsPada tanggal 20 Disember 2007 dan 21 Disember 2007, kami telah menganjurkan ibadah korban dan aqiqah di Bojonegoro dan Magetan, Jawa Timur Indonesia. Sebanyak 415 ekor kambing dan 2 ekor lembu telah dikorbankan dan dibahagikan kepada para penduduk kampung.

Kedatangan kami disambut meriah oleh para penduduk kampung. (Kambing-kambing pun turut serta)

Ustaz Jalaluddin Hassan bertemu dengan para ketua kampung. (Perhatikan perbezaan warna baju mereka - dirancang agaknya)

Pengacara majlis korban memberi ucapan sempena pembukaan majlis beriring doa.

Penduduk kampung sama-sama berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan acara korban yang akan dijalankan. (Kambing-kambing kelihatan resah)

Ustaz Jalaluddin Hassan memeriksa kambing yang akan dikorbankan tidak lama lagi.

Ustaz Jalaluddin Hassan membayangkan cara menyembelih kambing korban (Jangan terlalu kuat atau terlalu lembut Ustaz)

Para penduduk kampung menyembelih kambing korban dengan teliti (Allahu Akhbar!)

Pegawai kami mengambil alih tugas menyembelih kambing korban (Hai kambing, sesungguhnya kalau Ustaz tak “arrow” aku, aku pun tak ingin sembelih engkau)

Pegawai kami dengan hasil korban mereka. (Ambil gambar pasal nak curi tulang sebentar. Penat oii!)

Akhirnya, daging-daging korban dapat diagihkan kepada warga miskin seluruh kampung. (Alhamdullilah, syukur kepada Allah!)
Sehingga ketemu di Tahun 2008!
Umrah Dan Haji Satu Jihad
Posted by: | CommentsRasulullah S.A.W. pernah berpesan…
Dari Aisyah ia pernah bertanya Nabi S.A.W. , bukankah Jihad itu amalan yang paling utama? Dari itu tidakkah lebih baik jika kami dikerahkan untuk pergi berjihad?
Rasulullah menjawab: Jihad yang paling Afdhal ialah Haji yang mabrur
Barangsiapa yang mengerjakan Haji dan tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah seperti bersetubuh dan melakukan maksiat dan dosa, maka ia akan kembali seperti saat dilahirkan oleh ibunya
Umrah dan Haji adalah suatu pengalaman yang berbeza dan hanya boleh dilaksanakan Di Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawarrah.
Di tanah tandus yang kering kontang, lahirlah rasa keinsafan dan mengingatkan kita akan hari kembalinya kita kepada Tuhan sekalian alam.
Majlis Taklimat Umrah Mei Dan Jun 2008
Posted by: | CommentsMajlis Taklimat keberangkatan para jemaah Umrah Mei dan Jun 2008 akan diadakan di Masjid Darul Aman pada hari Isnin, 19 Mei 2008 (Vesak Day), jam 9.30 pagi.
A Briefing Session will be held at Darul Aman Mosque on Monday, 19 May 2008 (Vesak Day), at 9.30am for pilgrims departing for Umrah in May and June 2008.







